Perkara lupa ID dan kata laluan sering berlaku, tambahan pula jika kita jarang menggunakannya. Termasuklah ID dan kata laluan bagi i-Akaun KWSP yang kita jarang lihat atau semak setiap hari.
Di sini, kami ingin berkongsi langkah mudah untuk dapatkan kembali ID dan kata laluan i-Akaun anda. Pastikan maklumat atau segala butiran yang diperlukan sentiada dikemaskini bagi memudahkan urusan KWSP anda kelak.
Baca Juga: RM500 Sebulan Sekali Dibenarkan Keluar Dari Akaun 2 KWSP
Bagaimana dapatkan ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP kembali?
Sila ikuti langkah mudah di bawah:
LANGKAH 1
- Sila layari laman www.kwsp.gov.my. Pastikan URL yang anda login adalah betul. Jangan masukkan ID dan Password anda selain dari laman rasmi KWSP. Ini untuk mengelakkan kebocoran maklumat i-Akaun KWSP anda.
- Pilih “LOG MASUK” dan Klik “i-Akaun (Ahli)”
- Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan?
LANGKAH 2
- Pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
- Klik Permintaan TAC untuk dapatkan Nombor TAC
LANGKAH 3
- Anda akan menerima Nombor TAC ke telefon bimbit anda melalui SMS
- Masukkan Nombor TAC
- Selepas itu anda boleh cipta Kata Laluan Baru. Pastikan anda gunakkan kombinasi abjad dan nombor (Contoh: abscde1234)
- Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar
Kini anda telah berjaya mencipta ID atau kata laluan i-Akaun yang baharu, sila simpan ID dan kata laluan tersebut dengan baik. Ini memudahkan anda untuk mengingati bagi melakukan urusan menggunakan i-Akaun KWSP seperti ingin membuat pengeluaran i-Lestari Akaun 2 anda.