Utama » Info » Semak Potongan Gaji ANGKASA dengan SPGA

Semak Potongan Gaji ANGKASA dengan SPGA

Kini anda boleh membuat semakan potongan gaji bagi membuat bayaran balik pinjaman melalui ANGKASA dengan menggunakan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA). Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.

Bagi anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua pihak, samada “jabatan/majikan” dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, “koperasi/organisasi” dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran manakala “anggota/individu” dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap bulan.

Sumber: angkasa.coop

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)

Dengan sistem SPGA akan memudahkan kepada ahli ANGKASA membuat bayaran balik pinjaman serta memastikan pembayaran balik pinjaman dijalankan dengan sempurna mengikut masa yang telah ditetapkan. Sistem SPGA ini juga membolehkan ahli ANGKASA menikmati pengalaman bayaran balik pinjaman tanpa kerumitan dan mengelakkan risiko kehilangan pembayaran atau kemungkiran pinjaman mereka.

Baca juga: Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023

Kaedah Semakan Potongan Gaji ANGKASA

Terdapat empat kaedah semakan untuk potongan gaji oleh ANGKASA bagi pembayaran balik pinjaman:

Semakan Potongan Gaji ANGASA Online

Untuk membuat semakan status potongan gaji secara online, anda boleh menggunakan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) dengan mengikuti langkah di bawah:

  1. Layari sola.my/espga_semakan
  2. Masukan nombor K/P awam / Polis / Tentera
  3. Masukan kata laluan
  4. Klik Log Masuk
  5. Anda boleh membuat semakan jumlah bayaran di dalam SPGA

Semakan Melalui Live Chat

  1. Layari laman web ANGKASA di http://angkasa.coop/
  2. Klik LIVE CHAT pada menu
  3. Ikuti langkah seterusnya di laman berkenaan
  4. Masukan Nama, E-mel & pilih Bahagian Potongan Gaji, No. Telefon
  5. Nyatakan No. K/P / Polis / Tentera untuk membuat semakan

Semakan Melalui E-mel

  1. Sila e-melkan kepada semakan@angkasa.coop
  2. E-mel anda akan menerima maklumbalas dalam tempoh liha hari waktu bekerja

Semakan Melalui Telefon

  1. Sila hubungi +603-7806 1977
  2. Tekan 1 untuk pilihan potongan gaji
  3. Tunggu arahan seterusnya

Untuk semakan melalui panggilan telefon, sila hubungi pada waktu operasi iaitu:

Waktu operasi: 9:00 pagi – 4:30 petang (Isnin – Jumaat)
Waktu rehat
Isnin-Khamis: 1:00 petang – 2:00 petang
Jumaat: 12.15 t/hari – 2:30 petang

Jika anda menghadapi sebarang masalah bagi mengakses akaun anda, sila hubungi perkhidmatan pelanggan ANGKASA untuk mendapatkan bantuan lanjut.