Utama » Info » KWSP: RM500 Sebulan Sekali Dibenarkan Keluar Dari Akaun 2

KWSP: RM500 Sebulan Sekali Dibenarkan Keluar Dari Akaun 2

bantuan kwsp covid-19
Bermula 1 April 2020, pencarum KWSP dibenarkan membawa keluar RM500 sebulan sekali. Perkara ini telah diumum oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini akibat penularan wabak COVID-19 yang sedang dihadapi oleh negara.

Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Petikan Lengkap Ucapan PM

Hebahan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa, anda boleh muatturun ucapan ini melalui pautan ini.

Leave a Comment