Kaedah Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2

cara memohon i-lestari kwsp
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran RM500 sebulan sekali daripada melalui program i-Lestari KWSP bagi menampung perbelanjaan sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan bagi menangani wabak COVID-19 bermula 1 April 2020.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkenaa pengeluaran Akaun 2 KWSP di bawah program i-Lestari, di mana pencarum boleh membuat permohonan secara atas talian (online), emel atau pos bermula 1 April ini.

Soalan Lazim i-Lestari KWSP

Seperti dimaklumkan, bahawa pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020. Amaun maksimum setiap pengeluaran adalah RM500 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (maksimum).

Pengeluaran Akaun 2 KWSP ini juga bergantung kepada baki simpanan Akaun 2 pencarum. Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan diterima sehingga Mac 2021.

Pengeluaran ini hanya boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan sahaja, iaitu daripada April 2020 sehingga Mac 2021. Bayaran akan mula diberikan pada bulan Mei 2020.

Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari

Terdapat tiga cara permohonan yang dibenarkan kepada pencarum KWSP, sila rujuk di bawah:

  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
  2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (borang akan dimuatnaik); ATAU
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Karung Berkunci No 220,
    Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
    (Pengeluaran i-Lestari)

Pencarum hanya perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran akan dikredikan secara berulang (recurring) ke dalam akaun pencarum.

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah golongan yang layak untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP:

  1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  2. Berumur bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2

Bukan warganegara akan dibuka fasa ke-2 kelak (tarikh belum diumumkan).

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my

Sumber: Maklumat di atas adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada portal KWSP (rujukan).

Komen/Pandangan Anda