Kepada yang meninggalkan puasa wajib atau tidak sempat puasa ganti (qada), anda diwajibkan membayar fidyah. Ketahui kadar dan cara bayaran yang anda boleh lakukan secara online di sini.
Baca juga: Kadar Zakat Fitrah 2023 Bagi Seluruh Negeri
Apa itu Fidyah di dalam Islam?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.
Sumber: zakat.com.my
Hukum Fidyah
Fidyah hukumnya adalah wajib bagi yang meninggalkan puasa dan ianya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan. Ianya akan menjadi satu hutang atau tanggungan kepada Allah SWT jika tidak dilaksanakan.
Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 184:
اَيَّامًا مَّعْدُوْدٰتٍۗ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهٗ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍۗ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهٗ ۗ وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
Maksudnya: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”
Baca juga: Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023
Kadar Fidyah 2023 & Cara Bayaran Setiap Negeri
- Kedah = RM1.80
- Gandaan: Pilihan atas kemampuan
- Kalkulator online & Bayaran online di maik.kedah.gov.my
- Perlis = RM5.00
- Gandaan: Tiada
- Tiada kalkulator online
- Bayaran online secara pindahan, rujuk maips.gov.my
- Pulau Pinang = RM1.75
- Gandaan: Ada
- Kalkulator online & Bayaran online di zakatpenang.com
- Melaka = RM1.80
- Gandaan: Ada
- Kalkulator online & Bayaran online di maim.gov.my
- Terengganu = RM1.75
- Gandaan: Ada
- Kalkulator online & Bayaran online secara pindahan di maidam.gov.my
- Pahang = RM1.75
- Gandaan: Ada
- Kalkulator online & Bayaran online di zakatpahang.my
- Perak = RM1.90
- Gandaan: Ada
- Kalkulator online & Bayaran online di maiamp.gov.my
- Selangor = *RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 (ikut jenis beras)
- Gandaan: Ada
- Kalkulator online & Bayaran online di zakatselangor.com.my
- Kelantan = RM1.75
- Gandaan: Ada
- Kalkulator online & Bayaran online di zakat.e-maik.my
- Negeri Sembilan = RM1.75
- Gandaan: Ada
- Kalkulator online & Bayaran online di mains.gov.my
- Johor = *RM1.75 / RM3.25 (ikut jenis beras)
- Gandaan: Ada
- Tiada kalkulator online & Bayaran online
- Rujuk maij.gov.my
- Sarawak = RM1.75
- Gandaan: Ada
- Tiada kalkulator online & Bayaran online
- Sabah = RM1.75
- Gandaan: Ada
- Kalkulator online
- Bayaran online secara pindahan, rujuk baitulmal.sabah.gov.my
- Wilayah Persekutuan = RM4.00
- Gandaan: Pilihan atas kemampuan
- Kalkulator online & Bayaran online di zakat2u.com.my
Cara Kiraan Fidyah
Kadar bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa bagi secupak. Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang telah ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.
Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin. Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti di bawah:
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah = Fidyah yang perlu dibayar
Apa itu Gandaan di dalam Fidyah
Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00
Untuk info lanjut berkenaan Fidyah boleh layari zakat.com.my