Utama » Info » Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Berikut merupakan makluman tarikh-tarikh pembayaran gaji atau emolumen bulanan penjawat awam bagi tahun 2024.

Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada Kementerian/Jabatan berkaitan:

  1. Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan
  2. Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tarikh Pembayaran Emolumen atau Gaji 2024

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran 1 yang ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.

Peraturan Pembayaran Emolumen atau Gaji 2024

Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa. Sila rujuk lampiran di bawah:

Jadual Gaji Penjawat Awam 2024

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam
25 Januari 2024
(Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina
10 & 11 Februari 2024
(Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa
10 & 11 April 2024
(Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2024
(Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai
1 & 2 Jun 2024
(Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji
17 & 18 Jun 2024
(Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali
31 Oktober 2024
(Khamis)
November25.11.2024Isnin
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas
25 Disember 2024
(Rabu)
Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara