Utama » Semasa » AKPK: Awas taktik licik scammer

AKPK: Awas taktik licik scammer

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) meminta orang ramai sentiasa berhati-hati dengan sindiket penipuan yang mengambil kesempatan selepas pengumuman program moratorium dan bantuan pakej rangsangan ekonomi.

Ketua AKPK Melaka, Syaiful Anuar Bokhari, pada masa sama, mereka perlu mengurus sumber pendapatan mengikut keperluan penting dan berjimat dalam perbelanjaan dan mempunyai lebihan aliran tunai untuk disimpan atau dilabur pada masa hadapan.

“Di media sosial, terdapat tawaran pinjaman yang tidak diketahui kesahihannya.

Ketika ini juga, banyak penipuan atau scammer yang cuba mengambil kesempatan dengan pelbagai cara yang mengelirukan bagi menjerat orang ramai menjadi mangsa mereka,” katanya di sini.

Syaiful Anuar juga berkata, pada masa sama, orang ramai dinasihatkan menangguhkan sementara sebarang keputusan untuk membeli kereta baharu atau rumah atau sebarang pinjaman ketika ini.

Baca: Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

“Malah waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk menggunakan dana kecemasan. Setiap individu disarankan untuk menyimpan tiga hinga enam bulan dana kecemasan yang dapat menampung keperluan sepanjang waktu krisis.

“Mereka tidak sepatutnya membuat sebarang komitmen ataupun pinjaman baharu terutama selepas program moratorium oleh Bank Negara Malaysia diumumkan baru-baru ini.

“Ini kerana mungkin krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19 ini dijangka berlarutan sehingga berbulan-bulan maka setiap keluarga perlu ada dana kecemasan terutama mereka yang terjejas mata pencarian,” katanya.

Menyedari kesukaran yang dilalui rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung COVID-19, kerajaan melancarkan pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN termasuk kepada usahawan PKS serta membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka di akaun 2 sehingga maksimum RM500 sebulan sehingga 12 bulan.

Syaiful Anuar juga berkata, pengeluaran KWSP seharusnya dibuat jika seseorang sangat memerlukan wang dalam menampung perbelanjaan keluarga di waktu krisis ini, disebabkan hilang pekerjaan ataupun pendapatan terjejas.

“Sebagai perbandingan, pengeluaran KWSP ini adalah lebih baik dari terpaksa meminjam daripada ceti haram atau along yang mengenakan bunga yang tinggi.

Sumber – Berita Harian