Muflis atau disenarai hitam layak mohon Bantuan Prihatin Nasional

lhdn
Pemohon yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi berstatus muflis atau disenarai hitam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mulai hari ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian di www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://bpn.hasil.gov.my/.

“Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Baca: Bantuan Prihatin Nasional

“Bagi permohonan yang lulus, bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional,” menurut kenyataan itu.

LHDN berkata kerajaan berharap bantuan tersebut benar-benar dapat membantu semua golongan rakyat yang memerlukan dan dibelanjakan secara berhemah.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan permohonan BPN boleh diajukan kepada Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau media sosial rasmi LHDN iaitu: Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM atau Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial.

Sumber: Bernama

Komen/Pandangan Anda