Permohonan i-Lestari melalui i-Akaun KWSP atau emel

permohonan i-lestari kwsp
Permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bermula semalam, boleh dibuat melalui i-Akaun atau emel.

KWSP dalam kenyataan sebelum, pencarum boleh mendapatkan perkhidmatan pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari melalui emel di ilestari@epf.gov.my, manakala penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari di ilestarimohon@epf.gov.my.

Baca: Cara Pengeluaran i-Lestari KWSP

Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my, manakala penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus di ve2020@epf.gov.my.

Muatturun: Borang Pendaftaran i-Akauan KWSP

Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP yang lain pula, pencarum boleh mendapatkan maklumat di https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry

“KWSP ingin memberi makluman bahawa untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April. Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh itu, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya.

“Ahli juga boleh merujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Berita Harian

Komen/Pandangan Anda