Utama » Semasa » Diskaun 50% Bayaran Saman Sempena Hari Polis

Diskaun 50% Bayaran Saman Sempena Hari Polis

diskaun saman trafik
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melancarkan kempen bayaran saman secara e-pembayaran dengan tawaran diskaun sehingga 50% selama lima hari sempena Hari Polis ke-213 bermula 25 hingga 29 Mac 2020.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, kempen itu bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman masing-masing secara e-pembayaran berikutan penutupan kaunter bayaran saman di semua ibu pejabat polis di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

“Kempen bayaran saman secara e-pembayaran ini juga adalah langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.

“Sebagai langkah meringankan beban ditanggung masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun sehingga 50% bagi saman tertentu dengan pembayaran secara e-pembayaran,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpu pada 24 Mac lalu. – Harian Metro

Pembayaran saman boleh dilakukan melalui pautan di bawah:


Leave a Comment