Perdana Menteri Malaysia baru sahaja mengumumkan beberapa Bantuan Prihatin Rakyat dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebentar tadi.
Terdapat beberapa bantuan yang akan diberikan kepada rakyat bermula April dan Mei 2020 yang melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.
Antara Bantuan Yang Akan Diberikan
Berikut adalah antara bantuan yang akan diberikan dalam program prihatin rakyat yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.
- RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
- RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akandibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
- RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
- RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
Selain itu juga, para pelajara institusi pengajian tinggi akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.
Pemandu e-hailing sepenuh masa pula akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM500 yang melibatkan seramai 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Manakala pemandu teksi pula bakal menerima bayaran sebanyak RM600 mulai 1 April 2020.
Mohon semak teks ucapan oleh Perdana Menteri bagi Pakej Ransangan Ekonomi di bawah bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan bantuan-bantuan yang akan diberikan kepada rakyat.
Teks Ucapan PM: Bantuan Prihatin Rakyat
Akan dikemaskini dari masa ke semasa.