Kaedah Permohonan Bantuan RM600 PERKESO Secara Online

bantuan rm600 perkeso
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bantuan khas RM600 PERKESO bagi pekerja-pekerja yang terkesan akibat wabak COVID-19 yang sedang menular di negara kita.

Oleh yang demikian, bantuan RM600 PERKESO ini boleh dibuat secara online atau atas talian di portal rasmi PERKESO bermula pada 20 Mac 2020 nanti.

Bantuan ini merupakan sebahagian daripada program pengekalan pekerjaan atau Employment Retention Programme (ERP) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan kendalian PERKESO.

Objektif utama bantuan ini diberikan adalah bagi membantu majikan yang terpaksa mengurangkan kos operasi di mana mereka terpaksa memberi cuti tanpa gaji (CTG) kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.

Bantuan sebanyak RM600 sebulan ini akan disalurkan terus kepada pekerja sepanjang enam bulan (maksima), tetapi bergantung kepada tempoh notis yang telah diberikan oleh majikan masing-masing.

Syarat Permohonan Bantuan RM600 PERKESO

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bantuan ini oleh PERKESO:

  • Pekerja yang telah diberi notis cuti sementara tanpa gaji (CTG) oleh majikan bermula 1 Mac 2020;
  • Pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO;
  • Bantuan ini terhad kepada pekerja bagi perolehan gaji RM4,000 dan ke bawah;
  • Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja; dan
  • Majikan hendaklah menyalurkan bantuan RM600 ini terus ke akaun pekerja.

Secara asasnya, bantuan ini akan disalurkan kepada majikan yang telah mendaftar SIP PERKESO yang merupakan sebahagian daripada program pengekalan pekerjaan atau ERP. Serta membantu majikan yang terjejas akibat wabak COVID-19 yang terpaksa mengambil langkah pengurangan kos operas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Permohonan Bantuan RM600 PERKESO

Setiap permohonan hendaklah dibuat secara online (atas talian) atau melalui borang permohonan yang boleh dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat.

Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19@perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.

Senarai pekerja hendaklah beserta butiran berikut:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

Soalan lazim berkenaan program ERR adalah seperti di Lampiran 2. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau emel perkeso@perkeso.qov.my. Untuk mengikuti perkembangan terkini berkaitan SIP dan program ERR, sila layari microsite eiscentre.perkeso.gov.my

Sila semak lampiran di bawah untuk info lanjut:

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sila semak laman ini sepanjang masa, terima kasih.

3 Comments

  1. Mohdfathi Mac 22, 2020
  2. Mohdfathi Mac 22, 2020
  3. Muhammad Amir Bin Mohamed Alias Jun 5, 2020

Komen/Pandangan Anda