Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 (NADMA)

bantuan khas nadma
Selain bantuan RM600 PERKESO, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara iaitu NADMA telah menyediakan bantuan khas COVID-19 iaitu RM100 sehari.

Walaubagaimanapun, bantuan ini hanyalah boleh dimohon oleh mereka yang kehilangan sumber pendapatan atau tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak COVID-19 yang sedang melanda Malaysia.

Berikut merupakan garis panduan untuk membuat permohonan bantuan khas NADMA.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memohon bantuan khas COVID-19 NADMA:

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19

Pemohon yang tidak layak jika berada dalam kategori berikut:

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded.

Bantuan ini akan diberikan secara sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Borang Permohonan Bantuan Khas NADMA

Permohonan perlulah dilakukan secara manual melalui borang-borang yang perlu dimuatturun seperti di bawah:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Borang-borang di atas boleh dimuatturun di portal rasmi NADMA.

Bagi borang permohonan yang telah lengkap diisi, perlulah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Selain borang-borang di atas, pemohon juga perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** sekiran pemohon yang tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Untuk dokumen sokongan KKM, bagi pemohon yang di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut:

  • Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  • Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);

Manakala bagi pemohon yang warded akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19.

Komen/Pandangan Anda