Utama » Info » Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023

Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023

Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Berikut merupakan makluman tarikh-tarikh pembayaran gaji atau emolumen bulanan penjawat awam bagi tahun 2023.

Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuatkuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.

Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan, iaitu 2 November 2022.

Berikut merupakan Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Bagi Tahun 2023:

BulanTarikhHariCatatan
Januari17.01.2023SelasaTahun Baru Cina
22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Februari24.02.2023Jumaat
Mac24.03.2023Jumaat
April17.04.2023IsninHari Raya Puasa
22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
Mei25.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
Jun23.06.2023JumaatHari Gawai
1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)

Hari Raya Haji
29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Julai25.07.2023Selasa
Ogos25.08.2023Jumaat
September25.09.2023Isnin
Oktober25.10.2023Rabu
November24.11.2023JumaatHari Deepavali
12 November 2023 (Ahad)
Disember19.12.2023SelasaHari Krismas
25 Disember 2023 (Isnin)
Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023

Tarikh-tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam ini adalah digunapakai bagi seluruh negeri di Malaysia.

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara